Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan
:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat
cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka
buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati
rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang
ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik
sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour
lain-lain.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah,
gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika
masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga
(suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumahtangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ?
Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?
Jika
mempunyai sifat was was dalam diri anda perbanyakkan lah memaca surah an-nas…..
No comments:
Post a Comment