menuju mahmudah
tangganya licin dn berlumut
basah dan berselut
langkah nya mesti di atur awal
gerak di catur tangkas
musuh nya tidak pernah alpa

sunyi bukan nya janji tenang
hidup tidak mengundang senang
ujian nya bagai air yang mengalir
tiada noktah pengakhir
masalah datang berulang
godaan mengimbau di setiap ruang
dalang nya nafsu yang tidak mundur
syaitan yang tidak pernah tidur
tiada perhentian utk berehat
bukan di sini melepas penat
hiburannya tenang hati di dunia
bahagia hakiki di syurga
kerana berjuang ertinya berkorban
berkorban ertinya trkorban
terkorban ertinya menderita
derita asam garam perjuangan
No comments:
Post a Comment